Tuesday 30 August 2011

setelah kian lama...



assalamualaikum....

setelah sekian lama tidak menulis di blog...kini pada hari raya yang pertama diri ini kembali menaip untuk memeriahkan blog ini....pelbagai dugaan dan cabaran yang dilalui...pahit manis yang di rasai...susah senang diharungi juga walaupun pahit....

bermacam macam cerita yang ingin saya kongsikan bersama dan kisah ini adalah diantaranya... Pertama sekali saya ingin mengucapkan beribu rasa syukur kerana pintu hati saya telah terbuka untuk bertudung serta menjauhkan diri saya daripada perjalanan hidup saya yang sukar dahulu...dahulu saya telah banyak jauh menyimpang dan sesat dari hidup...perjalanan hidup yang amat sukar dahulu...kini saya berasa lebih tenang dengan kehidupan saya sekarang...saya bahagia dengan insan kesayangan hati saya juga keluarga bahagia saya....

saya akui dahulu saya selalu meninggalkan ajaran dan perintah ALLAH...namun kini saya lebih tenang bila mengabdikan diri yang kerdil ini kepadanya...saya mensyukuri nikmat yang telah diberikan kepada saya kerana tahun ini sekali lagi saya dapat menjalani ibadah puasa dengan aman dan damai serta tenang dan juga pada hari ini saya dapat merasai nikmat hari raya walaupun tidak seberapa....

terima kasih saya ucapkan kepada insan kesayangan hati saya kerana banyak menyedarkan saya...banyak menasihati saya...banyak memberi tunjuk ajar kepada saya...juga telah tunjukkan erti kasih sayang sebenar serta mengajar saya erti kesopanan dan kesusilaan....

kepada ayah dan bonda,maaf dipinta dari hujung rambut hingga hujung kaki...membesarkan saya dengan macam macam perangai dari kecil hingga usia saya sekarang memcecah 23 tahun....menjaga saya ketika sakit serta menyediakan segala keperluan saya...jasa ayah dan bonda tidak akan saya lupakan.... 

sekian terima kasih...

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI,
MAAF ZAHIR DAN BATIN...



insan kesayangan hati : mohd ameerruddin

  

































DAN


KINI SAYA BERWAJAH 
BARU. . .


Monday 29 August 2011

SELAMAT HARI RAYA....

Ku senandungkan 

lagu untuk mu yang jauh di mata
Daku kirimkan kasih di angin laluSemoga kan hilang rasa rinduHilang pilu resah di kalbu


Maafkan daku kerana tak dapat bersama mu sayang
Di hari raya hari yang bahagiaKerana tugas pada negara
Dan semoga kekal sejahtera


Ku harap dikau gembira
Di samping ayah serta bonda
Untuk keluarga tercinta
Ku ucapkan Selamat Hari Raya

Dengarlah sayang aku hulur pengganti diriku
Semoga kau akan terhibur selalu
Di dalam suasana hari raya
Terimalah dengan rasa bangga............